Semasa umur saya 15thn saya
telah mengalami kuasa tuhan sungguh luar biasa sekali dalam hidup saya.Kejadian
ini berlaku selepas kami sekeluarga pulang dari party kereta baru kakak saudara
saya.Seperti biasa saya tidur bersama dengan mak cik saya,semasa saya baring2
saya terlalu stress untuk memikirkan pemeriksaan (PMR) saya yang tak lama lagi saya duduki.Pada masa
yang sama saya terus berdoa kepada kepada tuhan untuk meminta
pertolongan,Semasa saya berdoa dan terus berdoa saya menangis tidak henti2.Saya nak berhenti
menangis tetapi saya tidak dapat,kemudiannya semua ahli keluarga saya terbangun
kerana terdengar saya menangis,mak cik sy bertanya kepada saya adakah saya
sakit,apakah yang menyebabkan saya menangis sampai macam tu.Saya hanya menjawab
“tidak tahu”.Terus semua ahli keluarga saya bingung mereka tidak tahu nk buat
apa lagi,semua mereka mengelilingi saya.Kemudiannya,saya menyuruh kakak saudara
saya mengambil alkitab saya didalam bilik saya.Lepas tu saya bawa kami
bernyanyi bersama2.Saya bwa beberapa lagu penyembahan.Tidak lama kemudian, saya
mendoakan setiap ahli keluarga saya dan saya percaya roh kudus hadir bersama2
dengan kami pada itu.Ada suara mengatakan untuk mendoakan “rantai Buddha”
kepunyaan boyfriend kakak saudara saya.Apabila si boyfriend kakak saudara saya
pergi mengambil rantai tersebut dan tunjukkan kepada saya,tiba2 saya jatuh
kerna badan terasa lemah sekali.Tapi dengan iman saya kuatkan diri saya untuk
bangun kembali dan mengambil rantai tersebut dan buang dalam tong
sampah.Selepas itu saya berasa sangat lega sekali .