Tuesday, July 17, 2012

Kesaksian Pertama


Semasa umur saya 15thn saya telah mengalami kuasa tuhan sungguh luar biasa sekali dalam hidup saya.Kejadian ini berlaku selepas kami sekeluarga pulang dari party kereta baru kakak saudara saya.Seperti biasa saya tidur bersama dengan mak cik saya,semasa saya baring2 saya terlalu stress untuk memikirkan pemeriksaan (PMR)  saya yang tak lama lagi saya duduki.Pada masa yang sama saya terus berdoa kepada kepada tuhan untuk meminta pertolongan,Semasa saya berdoa dan terus berdoa  saya menangis tidak henti2.Saya nak berhenti menangis tetapi saya tidak dapat,kemudiannya semua ahli keluarga saya terbangun kerana terdengar saya menangis,mak cik sy bertanya kepada saya adakah saya sakit,apakah yang menyebabkan saya menangis sampai macam tu.Saya hanya menjawab “tidak tahu”.Terus semua ahli keluarga saya bingung mereka tidak tahu nk buat apa lagi,semua mereka mengelilingi saya.Kemudiannya,saya menyuruh kakak saudara saya mengambil alkitab saya didalam bilik saya.Lepas tu saya bawa kami bernyanyi bersama2.Saya bwa beberapa lagu penyembahan.Tidak lama kemudian, saya mendoakan setiap ahli keluarga saya dan saya percaya roh kudus hadir bersama2 dengan kami pada itu.Ada suara mengatakan untuk mendoakan “rantai Buddha” kepunyaan boyfriend kakak saudara saya.Apabila si boyfriend kakak saudara saya pergi mengambil rantai tersebut dan tunjukkan kepada saya,tiba2 saya jatuh kerna badan terasa lemah sekali.Tapi dengan iman saya kuatkan diri saya untuk bangun kembali dan mengambil rantai tersebut dan buang dalam tong sampah.Selepas itu saya berasa sangat lega sekali .

No comments:

Post a Comment